Wednesday, 1 May 2013

melty hershey -cheese

ok sy mmg minat sejarah! walau sejarah itu belum tentu benar wa haq.

skrg aku minat sgt kek n apa2laa yg sweet ni..urm deliciouss. k nak kongsi respi..

MELTY HERSHEY BLACK FOREST versi Nina Mirza

Lapisan Cream Cheese
250ml Whipping Cream Non Dairy 
250g Cream Cheese
100g gula halus
1 sudu teh esen vanilla

Pukul kesemuanya hingga kental dan kaku lalu masukkan dalam piping bag.

Lapisan Dasar
Biskut marrie secukupnya  -  samada nak patah-patahkan atau kisar kasar pun boleh
Air Susu suam - untuk celop biskut marrie. (kalau kisar tak perlu air susu, kang jadi bubur pulaa... hehee . . .)


Lapisan tengah
Gliss White chocolate blueberry 
175g white chocolate blueberry - dipotong kecil
150g whipping cream
15g butter

Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan white chocolate blueberry yang telah dipotong kecil bersama butter. Kacau hingga sebati dan dibiarkan sejuk.
Sedia digunakan
#### white chocolate blueberry rupanya macam white chocolate cuma ianya berwarna purple dan ada tertulis kat packet perisa blueberry. Boleh dibeli kat bakery kat bahagian chocolate.



Filling Blueberry
1 tin blueberries
3 sudu besar bluberries filling
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar gula kastor

Blueberries dalam tin di toskan , asingkan air dan buahnya
Airnya di campurkan dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar tepung jagung dan masak atas api yang perlahan hingga sedikit pekat
Kemudian biarkan syrup blueberries ni betul-betul sejuk dan sedia digunakan
#### kalau malas nak buat filling blueberry nie, beli ajer ready made kat bakery  ;)


Step by step to do MELTY HERSHEY BLACK FOREST versi Nina Mirza

1-  Paipkan cream cheese dalam gelas diikuti dengan beberapa keping biskut marrie yang dicelopkan sekejap dalam air susu.
2-  Paipkan lagi  lapisan cream cheese menutupi lapisan biskut marrie tadi. 
(kalau tak der biskut marrie boleh ajer digantikan dengan lebihan apa jua kek yang ada kat rumah tuu.... setelah kek diletakkan, renjiskan sedikit air susu untuk membasahkan kek tersebut. - sikit jer airnya tau)
3-  Tutup lapisan cream cheese dengan gliss white chocolate perisa blueberry. Kemudian lorek-lorekkan atau mablekan lapisan white chocolate blueberry 
4-  Letakkan lagi lapisan biskut marrie yang dicelopkan sekejap air susu lagi.
5-  Tutup lapisan tersebut dengan cream cheese dan hiaskan dengan lapisan filling blueberry atau apa saja mengikut citarasa masing-masing
6-  Simpan dalam peti ais lebih kurang 2-4jam sebentar
7-  Setelah itu >>>>>> sedia di ngapp ngapppp!! Wallaaaa~~


  • Ada yang letakkan sponge cake, biskut marie, lady fingers kat dasarnya. 
  • Untuk creamnya, ada yang add cream cheese, gelatin, whipping cream non dairy.
  • Lapisan sos filling yang paling mudah - beli ajer sos coklat 'Hershey' kat Hypermarket ataupun pilihan lain ada pelbagai filling dijual kat bakery. Ada chocolate cream, blueberry, kiwi, strawberry dll.. Ataupun kalau nak buat sendiri pun boleh~~
  • manakala untuk hiasannya pula ada yang letak buah-buahan segar seperti strawberry, blueberry, kiwi dan ada juga sekadar letak chocolate chips, manik-manik dan parutan cheese.


No comments:

Post a Comment