Monday, 12 November 2012

tarik tali dengan angin

whaddup!

hari ni dah masuk minggu ke (brapa?)(malas aku kira) pengajian master ku di ATMA. ya, aku masih di ATMA. sebelum ini aku bermasalah dengan penyeliaku yang non-muslim yang sedari dia tidak sedar aku sedang bermasalah dengan dia. pendek perkataan, aku berkonflik dengan diri sendiri. kenapa? yang pertama, beliau pukul rata mengenai raja2 melayu berbuta huruf. yang kedua, manuskrip itu mengandungi hadis dan sedutan al-Quran, so aku plak yang kena terjemah(part ni aku tak suka!) so itu sudah bikin konflik!

ku mengadu pada Dr O, lecturer di JPATI. beliau bersimpati denganku dan menyuruhku tukar fakulti. aku membiarkan dahulu ajakannya.

begitu lama aku menyepi dari kajian sejak konvo kemudian raya haji di TErengganu.
di Terengganu, sempat juga ke arkib mencari manuskrip asal kitab nasihat raja-raja. tapi tidak ketemu tajuk yg spesifik. yang ada adalah terdapat penambahan tanbih di tajuk tersebut. malangnya belum sempat ku jengah, ku tilik dan ku pegang, manuskrip itu sudah hancur memakan dirinya. damn it! terasa marah dan geram kerana tiada orang menghargainya! blank. aku di terengganu 2minggu juga, sempat juga berkunjung ke rumah ust majid untuk menanyakan hal manuskrip Tok Syeikh Duyung. jadi mudah bila beliau adalah kenalan lama abah. owh. aku juga ke UNISZa bertemu ustzah syarifah, merangkat ustzah aku dulu, dan sebetulnya beliau merupakan waris jauh tok syeikh duyung yang masih ada. aku stop.

balik Selangor. aku dah skip 2kelas sepanjang keghaiban aku ke trg. biarlah, lagipun kandungan aku bermasalah sebentar. usai rehat, terus balik meneruskan perjuangan, namun rehat juga lagi kali ni. kajian masih tidak bersentuhan.

tiba2 hari ini, Dr S call me. menceritakan alkisah yang aku sendri tidak peduli semua hal itu. tapi baguslah beliau menceritakan hal sebenar tanpa diminta, walau aku simpan niat juga untuk bertemu dengan beliau bagi memastikan apa benar kata orang yang berkhabarkan angin tuh. hem takde angin, pokok tak goyang. sebetulnya, sejujurnya aku malas dan kurang berkeinginan berurusan dengan orang yang berkontroversi. aku tidak menyalahkan sesiapa, mahupun mengkritik siapa jua. cuma aku perlu ketenangan dan tidak mahu terbabit dengan sesiapa jua yang terpalit nista orang. aku juga punya masalah sendiri dan tidak berniat mahu menyerabutkan fikiran aku.

kalau dihitung sekarang, sudah ada 4 org musyrif yang terlibat. mula2 ust F suruh aku buat dengannya, tapi aku slow2 jalan, kemudian lari menutup muka(awang-awangan). dapat Dr Ding yg ATMA bagi tanpa diminta dan dibaja aku dgn buku2 pemberiannya sehingga terasa berat untuk menukar musyrif. Kemudian ku mohon pertolongan Dr O dan beliau bersetuju nak jadi musyrifku, dan juga nasihatku supaya tukar fakulti bagi memudahkan perkara selanjutnya. selepas itu Dr S datang memberitahu kedudukan sebenar hingga aku goyang.beliau cakap Prof Nasran, dekan FPI beritahunya aku nak buat di ATMA.

erm teringat kata Dr Nazri Muslim; syarat bagi prof madya nak naik jadi prof kena ada pelajar master(brp org?), pljr PHD(brp org?) berada di bawahnya. dan Dr nak naik ke Prof Madya,... bla bla.. erm. kalau ikut keperasanan aku, wah mereka berebut?? hahhaha mesti kena boooo. macamla kau bagus, kajian pon tak jalan2 hhahahahahaha.

hurm aku sudah celarukan emosi org. maafkan aku!
p/s : aku sdg mnarik tali



Friday, 21 September 2012

daftar master

minggu ni minggu kedua baru daftar di ATMA. minggu pertama dah stat kelas, tp tak pergi sbb masih lagi menjaga anak. minggu lepas baru hantar dia balik ke umah opahnya di melaka, barulah minggu ni baru boleh daftar di ATMA. so esok kelas pertama i will attend at PPS. subjek esok pasl ATMA lah.

sebelum ini aku berada dalam keadaan dilema slp mendapat surat tawaran UKM. ibu bapa aku tidak stuju buat dengan non-muslim, apatah lagi sekiranya kajian yg bakal aku buat berkisar mengenai agamaku. abah berbincang dgn dekan FPI mengenai tukaran kursus. mereka begitu beria untuk menukarkan aku kembali kepada FPI, kerana di samping musyrifku non-muslim, mereka merasakan institut yg bakal aku jengah agak tipis peluang kerjayanya. abah juga mahukan setiap kajian yg dibuat itu dapat mengingatkan aku dengan maha pencipta secara tak langsung menambahkan iman.. hati aku termakan juga dengan kata-kata itu. ya hampir semua kata-kata itu benar dan ada asasnya. tapi aku inginkan sesuatu yg baru, yg ade cabarannya. lagipun bidang manuskrip ini jarang org melayu kita nak jenguk, bagaikan ia tiada nilai bagi bangsa melayu itu sendiri. aku ingin menjadi slaah seorang bangsa melayu yg menjenguk kembali manuskrip lama ini, di samping aku ingin menyelidiknya dari sudut pandang Islam. aku ingin sekali menghubungkan penulisan manuskrip melayu yg dibuat pada kurun ke 14 dan ke atas itu ada hubungannye dengan arab-islam secara terus, bukan terputus di tgh jalan yg disambung oleh india atau cina muslim. aku juga tidak mahu kalah dgn orientalis yg sering bias dalam penulisan mereka, walaupun ade setengah mereka tidak bias, alhamdulillah.

maka disebabkan aku sudah termakan sedikit dengan kata-kata org tuaku, aku menyusun beberapa plan or option. option 1: aku akan tukar fpi jika tak dapat musyrif Islam tp dgn syarat, fellowship aku boleh mohon dgn atma.
option kedua : kalu dpt tukar musyrif islam, insya'Allah aku stay kat ATMa.

cita2 aku skrg, aku ingin berdiri sebagai salah seorg penyelidik di aTMA, atau di amna2, tp sbg penyelidik manuskrip melayu.

nak jadi cerita masa aku duk daftar tu, aku jumpe pngarah atma lah.. lps jumpa ngn beliau, dlm duduk2 tu, tgk ade penyeliaku..prof Ding Choo Ming! orgnya sudah berusia dan beruban menandakan banyak berfikir dan banyak melakukan kajian,.  terus saja kami sembang. beliau menanyakan namaku, smabil membaca di kertas biografiku..beliau bilang namaku susah skali dibaca, tp kalau nama bunga, kenanga kan senang.. :)

perkenalanku hanya sebentar cuma, tapi aku sudah tertarik dengan 1st impressionnya. beliau minta aku dtg ke biliknya jam2ptg. jam 2ptg aku dtg. terus saja beliau menerangkan itu dan ini mengenai kajian manuskrip.

lama juga di biliknya, hampir sejam lebih. sudahnya aku dapat 5 buku plus 1artikel yg dipotostat dr buku. 2 buku nya tesis ma, n phd, satu lagi buku utk dapatkan jawatan prof. herm skrg ni aku duk baca buku tu la... k la da malas nak tulis, badan sakit. hyuhuh

baca buku terus jatuh hati pada bidang baruni... macam mana ni???? huhuhu

sambung lenkali

Friday, 20 July 2012

khasutkmuwanita : kanser rahim

PENDAHULUAN DAN APA ITU KANSER RAHIM

Kanser rahim adalah kanser yang kedua paling penting di dalam organ reproduktif wanita selepas kanser pangkal rahim. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Di negara-negara Barat seperti Amerika, Kanser Rahim adalah kanser wanita yang paling utama selepas kanser payudara.


Di Malaysia insiden kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan  kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi. Ianya  didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu.

APA ITU KANSER RAHIM

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.



Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu (lihat rajah 16):

  1. Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan  Kanser Endometrium
  2. Kanser yang berasal dari otot dinding rahim  dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
  3. Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
  4. Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM


kanser endometrium.. ee takotnyer kan?


Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.




Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a.  Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama
    di  lapisan lemak badan.
b.  Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.
c.  Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi
d.  Wanita yang menghidap penyakit kencing manis
e.  Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .
f.  Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari  mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.
g.  Wanita yang mengambil hormon estrogen yang  berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu  mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau  bagaimanapun jika  sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini perlu diambil bersama hormon  progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil  hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil  hormon selepas putus haid perlu  mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.



khasutkmuwanita : keputihan

assalamualaikum. okeh lama juga aku off ni. so untuk memeriahkan ini punya blog aku nak share satu artikel pasal keputihan. gejala keputihan. disebabkan aku tersangat sibuk mengasuh anak kecil dan perasaan sering terganggu gara2 berpisah ngn suami tak sampai seminggu. so aku paste artikel org lain yaang tidak lupa aku memberikan kreditkard(hehe) kepadanya. okeh jom layan check it out :)



Dilema Keputihan dikalangan gadis remaja (http://www.klinikkeputihan.blogspot.com/2012/07/dilema-keputihan-dikalangan-remaja.html)

Tuesday, 3 July 2012

finally!!!!

ok no more intai-intai selonkar blogspot yg ade nama bunga. okeh finally it comes out with flowershidup.. ahhahahahahaa stuju ke? cool tak? heh

okey2 lps ni leh dah start mnulis macam2..tak sabar rase. so bye2 wordpress.com yg lembab n tak best. weee ;p.

blog ni utk apa ek? nak kutuk2 org ke? atau buat mcm diary, cerita je apa2 sj yg berlaku dlm setiap hari hidup sblm bergelar mayat??

apa-apa jela.. maza taraa, haza wakaza ya'ni, hayatina.. di manasaja, wassini, apapun jua... wassini, selamanya..... wassiniiii.. yalee yalee yaleee hahhahahaa rindu kat waheeda wassini

penyakit bunga!

adeh susah betol nak cari nama url ni. mula2 aku nak wat bunga-bungahidup. dah ade.
- bunga-hidup : ada
-bunga-hidop:ade jgak. pendek kata bunga hidup tu smua dah ade, antara aktif ngn tak aktif je..antara ade tnda (-) atau tak, antara ejaan hidop tu-o/0/u jer. smua ade.. yang klakartu org laki pon guna nama bunga!! cittt

buat nama sagacious, pon ade jgak.

buat nama aku :
-zahra
-zahraa
-az-zahra
-al-zahra..
#haihh smua dah ade...

then try nama ni la : iemn. ceh ade jgak!!! tahu tak iemn stand for wut???ni yg aku juper :instito esprita maria bla, bla, ni link nye http://iemn.blogspot.com/
hahahha klakarkan? gelak la wei

walaupun aku suka this domain:bungahid0p, tapi ramai sgt pakai nama ni.,.......hermmm
camner yerkkk.. nak tukar ke taknak??

2 persoalan berjoget-joget

i love history. untuk permulaan ini aku nak tulis pasal kerajaan mamluk. tahu ke mamluk tu apa??
cumanya skrg, kalu aku nak tulis bnda ilmiah, ade 2 persoalan tumbuh di benakku;
1- nak guna ayat formal ke?
2- ejaan mesti betul ke? selari dgn tatabahasa ke?

herm jawapannya ; ikut suka aku ah hahaha. tapi seeloknya jika nak tulis tentang ilmiah, gunalah yang formal language kan??

i'm done! ops ALMOST done. heee

today.......
8.30 am hantar suami gi keje sbb aku nak guna keter.. i went to ukm to meet my musyrif latihan ilmiah. this is last check, last draf. done with checking, bromm3 afta lunch, went to print. printed then binding la jd buku. aku buat 2 copies, 6pages with colour sbb gambar lampiran. so total : rm51.20. =))

i took the low price one but in 1 condition, kna ambik 2hari slps, means lusa la...so this thursdy baru boleh submit ke ustaz..

erm so feel relief/relieved?? i mean i rasa sungguh lega n happy la..slesai 1 problem.. so bleh buat tugas housewife dengan penuh relaks dan senang hati..
so thats all for today..

lupa plak...ptg ni utk mkn malam aku masak ikan bakar, o'o bakar dlm oven je hehehe...guna oven, tu nama ikan bakar ke?kui3...n cicah sambal lada yg sgt pedas pekena ngn sayur kubis as ulam.. utk suami terchenta... abah melaka called, omong2 n said hi to my lil daughter, but she didnt reply me, silent je,. adeh.. erm not well bcz i'm miss damn so muh!! every times n evry second aku akan tgk gambar anak aku n play the video clip of her..syg anak umi nih...

hahahaa

mari kita stat menulis pelbagai perkara.. yahoo...