Friday, 20 July 2012

khasutkmuwanita : kanser rahim

PENDAHULUAN DAN APA ITU KANSER RAHIM

Kanser rahim adalah kanser yang kedua paling penting di dalam organ reproduktif wanita selepas kanser pangkal rahim. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Di negara-negara Barat seperti Amerika, Kanser Rahim adalah kanser wanita yang paling utama selepas kanser payudara.


Di Malaysia insiden kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan  kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi. Ianya  didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu.

APA ITU KANSER RAHIM

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin ataupun kandungan. Rahim merupakan organ berbentuk buah pear dan terdiri dari bahagian badan (”uterine body”) dan bahagian pangkal rahim ( serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim adalah dipanggil istmus (lihat rajah). Bila disebut kanser rahim ianya merujuk kepada kanser yang terjadi ataupun berasal dari bahagian badan rahim.

Terdapat dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri dari 3 lapisan otot dan stroma.



Kanser rahim terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan asal usul kanser itu (lihat rajah 16):

  1. Kanser yang berasal dari selaput dinding rahim dinamakan  Kanser Endometrium
  2. Kanser yang berasal dari otot dinding rahim  dinamakan Liomiosarkoma (Leiomyosarcoma)
  3. Kanser yang berasal dari kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan Karsinosarkoma (”Carcinosarcoma”)
  4. Kanser yang berasal dari stroma selaput rahim yang dinamakan ”Endometrial stromal sarcoma”

RISIKO MENGHIDAP KANSER ENDOMETRIUM


kanser endometrium.. ee takotnyer kan?


Kejadian kanser endometrium mempunyai kaitan yang rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon wanita yang dipanggil estrogen. Wanita-wanita yang mempunyai kandungan hormon estrogen yang tinggi samada diperolehi dari dalam badan mereka sendiri ataupun dari ubat-ubatan yang diambil dari luar boleh terdedah kepada kemungkinan menghidap kanser endometrium.




Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a.  Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama
    di  lapisan lemak badan.
b.  Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.
c.  Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi
d.  Wanita yang menghidap penyakit kencing manis
e.  Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .
f.  Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga  risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari  mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.
g.  Wanita yang mengambil hormon estrogen yang  berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu  mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau  bagaimanapun jika  sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini perlu diambil bersama hormon  progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil  hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil  hormon selepas putus haid perlu  mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.



khasutkmuwanita : keputihan

assalamualaikum. okeh lama juga aku off ni. so untuk memeriahkan ini punya blog aku nak share satu artikel pasal keputihan. gejala keputihan. disebabkan aku tersangat sibuk mengasuh anak kecil dan perasaan sering terganggu gara2 berpisah ngn suami tak sampai seminggu. so aku paste artikel org lain yaang tidak lupa aku memberikan kreditkard(hehe) kepadanya. okeh jom layan check it out :)



Dilema Keputihan dikalangan gadis remaja (http://www.klinikkeputihan.blogspot.com/2012/07/dilema-keputihan-dikalangan-remaja.html)

Tuesday, 3 July 2012

finally!!!!

ok no more intai-intai selonkar blogspot yg ade nama bunga. okeh finally it comes out with flowershidup.. ahhahahahahaa stuju ke? cool tak? heh

okey2 lps ni leh dah start mnulis macam2..tak sabar rase. so bye2 wordpress.com yg lembab n tak best. weee ;p.

blog ni utk apa ek? nak kutuk2 org ke? atau buat mcm diary, cerita je apa2 sj yg berlaku dlm setiap hari hidup sblm bergelar mayat??

apa-apa jela.. maza taraa, haza wakaza ya'ni, hayatina.. di manasaja, wassini, apapun jua... wassini, selamanya..... wassiniiii.. yalee yalee yaleee hahhahahaa rindu kat waheeda wassini

penyakit bunga!

adeh susah betol nak cari nama url ni. mula2 aku nak wat bunga-bungahidup. dah ade.
- bunga-hidup : ada
-bunga-hidop:ade jgak. pendek kata bunga hidup tu smua dah ade, antara aktif ngn tak aktif je..antara ade tnda (-) atau tak, antara ejaan hidop tu-o/0/u jer. smua ade.. yang klakartu org laki pon guna nama bunga!! cittt

buat nama sagacious, pon ade jgak.

buat nama aku :
-zahra
-zahraa
-az-zahra
-al-zahra..
#haihh smua dah ade...

then try nama ni la : iemn. ceh ade jgak!!! tahu tak iemn stand for wut???ni yg aku juper :instito esprita maria bla, bla, ni link nye http://iemn.blogspot.com/
hahahha klakarkan? gelak la wei

walaupun aku suka this domain:bungahid0p, tapi ramai sgt pakai nama ni.,.......hermmm
camner yerkkk.. nak tukar ke taknak??

2 persoalan berjoget-joget

i love history. untuk permulaan ini aku nak tulis pasal kerajaan mamluk. tahu ke mamluk tu apa??
cumanya skrg, kalu aku nak tulis bnda ilmiah, ade 2 persoalan tumbuh di benakku;
1- nak guna ayat formal ke?
2- ejaan mesti betul ke? selari dgn tatabahasa ke?

herm jawapannya ; ikut suka aku ah hahaha. tapi seeloknya jika nak tulis tentang ilmiah, gunalah yang formal language kan??

i'm done! ops ALMOST done. heee

today.......
8.30 am hantar suami gi keje sbb aku nak guna keter.. i went to ukm to meet my musyrif latihan ilmiah. this is last check, last draf. done with checking, bromm3 afta lunch, went to print. printed then binding la jd buku. aku buat 2 copies, 6pages with colour sbb gambar lampiran. so total : rm51.20. =))

i took the low price one but in 1 condition, kna ambik 2hari slps, means lusa la...so this thursdy baru boleh submit ke ustaz..

erm so feel relief/relieved?? i mean i rasa sungguh lega n happy la..slesai 1 problem.. so bleh buat tugas housewife dengan penuh relaks dan senang hati..
so thats all for today..

lupa plak...ptg ni utk mkn malam aku masak ikan bakar, o'o bakar dlm oven je hehehe...guna oven, tu nama ikan bakar ke?kui3...n cicah sambal lada yg sgt pedas pekena ngn sayur kubis as ulam.. utk suami terchenta... abah melaka called, omong2 n said hi to my lil daughter, but she didnt reply me, silent je,. adeh.. erm not well bcz i'm miss damn so muh!! every times n evry second aku akan tgk gambar anak aku n play the video clip of her..syg anak umi nih...

hahahaa

mari kita stat menulis pelbagai perkara.. yahoo...